suria

Bilik Kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terbakar

SHAH ALAM: Sebuah bilik kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 2.20 petang Jumaat.    

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kebakaran itu berlaku sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.   

Beliau berkata sebuah jentera bomba dengan dua pegawai dan 16 anggota tiba di lokasi 10 minit selepas menerima panggilan kebakaran.   

Katanya, kebakaran berkenaan memusnahkan keseluruhan bilik kuliah berkeluasan 54 meter persegi itu dan api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit selepas jentera tiba.   

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa direkodkan berikutan tiada sesi kuliahketika kebakaran berlaku dan jemaah pula sedang beransur pulang selepas selesai solat Jumaat.   

Bagaimanapun katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.  -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain