suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaedah 'Gap Year' Dikaji - Idris Jusoh

Idris ketika ucapan penggulungan isu-isu yang ditimbulkan semasa Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen pada Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji memberi kelonggaran kepada pelajar universiti untuk menangguhkan sementara pengajian mereka melalui kaedah 'gap year' yang boleh diisi dengan aktiviti positif lain.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata tempoh 'berehat' itu boleh digunakan pelajar untuk melengkapkan diri contohnya dalam bidang seperti keusahawanan dan kesukarelawan.

"Kita sedang melihat sistem 'gap year' ini yang mana jika pelajar sudah melepasi tahun dua pengajian, mungkin mereka boleh menangguhkan sementara pengajian selama setahun," katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Parlimen Mahasiswa 2016 di Bangunan Parlimen, di sini Rabu.

Parlimen Mahasiswa bersidang selama dua hari bermula Selasa dengan penyertaan 210 mahasiswa dari 26 universiti tempatan.

Idris berkata negara perlu melahirkan graduan yang holistik dan seimbang termasuk mempunyai pengetahuan keusahawanan.

"Kita tak mahu melahirkan graduan yang apabila keluar universiti tak tahu nak buat apa," kata Idris.

Ditemui pemberita kemudian, Idris mengingatkan mahasiswa supaya tidak bertindak keterlaluan dalam mengutarakan pandangan.

"Kita ada budi bahasa dan tidak melarang mereka membuat kritikan asalkan ia munasabah.

"Pandangan mahasiswa sangat penting bagi kementerian kerana apa yang kita laksanakan adalah (sebahagiannya) hasil daripada pendapat mereka," katanya. - BERNAMA

Gap Year, Idris Jusoh, universiti

Artikel Lain