Muhyiddin Sokong Rancangan Parti Politik Baharu Tun M - Semasa | mStar

Muhyiddin Sokong Rancangan Parti Politik Baharu Tun M

Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong rancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan pembangkang.

"Saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Muhyiddin, beliau bersetuju dengan rancangan Dr Mahathir sambil menambah bahawa beliau telah berbincang dengan Dr Mahathir, bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik.

Beliau juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang lain. 

Tambah Muhyiddin, beliau bersependapat dengan pemimpin PAS dan Pakatan Harapan bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

"Kesepakatan ini amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain Barisan Nasional (BN) mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi mencari kaedah terbaik bagi membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau yakin bahawa Malaysia sudah bersedia terhadap arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat.


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain