suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Menantu TPM: Kementerian Kesihatan Tunggu Siasatan Polis

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan masih menunggu hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebarang tindakan hanya boleh diambil setelah laporan kedua-dua pihak siap.

"Siasatan kita (Kementerian Kesihatan) sudah siap tetapi tidak pasti bila laporan polis akan siap. 

"Kita akan mengambil tindakan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] manakala polis pula di bawah Akta Kanun Acara Jenayah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Dr Hilmi enggan mendedahkan hasil siasatan kementerian itu.

Syed Alman Zain, 44, suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid iaitu anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1 Jun lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di ibu negara.

Dr Hilmi berkata klinik gigi yang melakukan rawatan terhadap Syed Alman Zain kini ditutup sehingga siasatan selesai. -- Bernama

Artikel Lain