DAP Mula Rasa 'Panas', Cemuh Media - Semasa | mStar

DAP Mula Rasa 'Panas', Cemuh Media

Chong Chieng Jen.

KUCHING: Hanya tinggal kurang 48 jam untuk pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak, DAP sudah mula bermain tuduh menuduh kerana kemungkinan menghadapi halangan dalam saingan di 31 kerusi yang ditandinginya.

Pada sidang media terakhir menjelang hari pengundian Sabtu ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menuduh Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik wang dan mencemuh media kerana melaporkan berita mengenai kekurangan pembangunan di kawasan-kawasan dikuasai oleh parti pembangkang itu.

Tanpa menamakan sebarang kawasan, beliau mendakwa peluang parti itu kini dalam bahaya dan larangan masuk beberapa pemimpin parti pusat ke negeri ini telah meredakan bahang pilihan raya dan mengakibatkan parti itu kurang menerima sumbangan derma.

"Adalah sukar untuk kami beropersi seperti sekarang ini kita perlu juga menjaga banyak kawasan-kawasan luar bandar," kata Chong yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Parti itu bangkit untuk melakarkan pencapaian terbaik dengan memenangi 12 kerusi pada pilihan raya negeri 2011 dan kali ini mengembangkan sayap di 16 kawasan majoriti kaum Dayak.

Penganalisis berkata kempen parti itu sudah menjangkau kemampuan kerana ia bukan sahaja perlu mempertahankan 12 kerusi tetapi juga berkempen di kawasan pedalaman di mana ia tidak mungkin mencapai prestasi yang baik.

"DAP mengumumkan sasaran menang sekurang-kurangnya 18 kerusi...ini bermakna 12 kerusi majoriti Cina dan tambahan enam kerusi di kawasan majoriti Dayak.

"Ini adalah misi yang mustahil," kata penganalisis yang tidak mahu namanya disiarkan. - BERNAMA


DAP , PRN Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan