suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kertas Siasatan Kandungan Akuan Berkanun Phang Siap

Phang meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Jumaat selepas memberi keterangan berkenaan penjualan banglo kepada Guan Eng. Foto: Oriental Daily.

GEORGE TOWN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun (SD) Phang Li Koon, bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, di sini yang menjual kediaman itu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan harga RM2.8 juta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk arahan selanjutnya.

"Polis telah tubuhkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman untuk menyiasat kes itu dan kami percaya siasatan kes membabitkan kandungan akuan berkanun ahli perniagaan wanita itu yang didakwa mempunyai maklumat palsu itu telah selesai.

"Kami telah merekod keterangan 10 orang termasuk wanita itu dan Pesuruhjaya Sumpah bagi membantu siasatan. " katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, polis mengambil keterangan Pang, 39, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berhubung pembelian banglo dua tingkat itu oleh Lim pada harga di bawah nilai pasaran semasa.-Bernama

Lim Guan Eng, Banglo, Phang Li Koon

Artikel Lain