MOT Rangka Mekanisme Untuk Teksi, Uber Dan GrabCar - Semasa | mStar

MOT Rangka Mekanisme Untuk Teksi, Uber Dan GrabCar

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempercepatkan usaha merangka mekanisme terbaik bagi membolehkan perkhidmatan pengangkutan dalam talian Uber dan GrabCar beroperasi pada platform yang sama dengan perkhidmatan teksi biasa. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya sedang meneliti beberapa perkara mengenai perkhidmatan Uber dan GrabCar termasuk keperluan untuk berdaftar dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV) sebelum beroperasi. 

Katanya, kementerian juga sedang mempertimbang untuk memberi beberapa kelonggaran kepada pemandu teksi termasuk melihat semula prosedur pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan.

"Kerajaan sedang merangka satu kaedah terbaik untuk semua pihak termasuk perkhidmatan Uber dan GrabCar, pemilik teksi dan juga pengguna dan berharap untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya kepada media selepas Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Institut Memandu 2016, di sini Sabtu. 

Pada 29 Mac lalu, ratusan pemandu teksi mengadakan demons­trasi membantah perkhid­matan Uber dan GrabCar yang didakwa menjejas pendapatan mereka.

Demonstrasi itu menyebabkan beberapa laluan utama sekitar ibu kota sesak. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain