suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Tidak Dihubungi Pihak Berkuasa Undang-Undang Luar Negara

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis berkata, pihaknya tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-udang luar negara mengenai perkara berkaitan syarikat itu.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata: "Namun, kami kekal komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa dan penyiasatan, tertakluk kepada nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, dan mengikut protokal antarabangsa mengenai perkara seperti ini," tambah kenyataan itu.

Media luar negara melaporkan Pendakwa Raya Luxembourg sebagai berkata ia telah memohon siasatan kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang oleh 1MDB. 

Menurut laporan itu, ia dibuat berikutan 'bukti kukuh ke atas penyalahgunaan dana oleh kerajaan Malaysia menerusi beberapa akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg. - Bernama

1MDB

Artikel Sebelum

GST Makin Diterima

Artikel Lain