suria

Kesan Kecederaan Lama Dan Baharu Pada Badan Wanita Maut Dipercayai Didera

Polis memeriksa barangan kes berkaitan penahanan seorang lelaki dan isteri yang dipercayai mendera seorang wanita berusia 21 tahun hingga menyebabkan maut di sebuah rumah sewa di Taman Gemilang, Rabu. -fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Terdapat beberapa kesan kecederaan lama dan baharu pada badan wanita berusia 21 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera di Taman Gemilang, Jitra, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya, bagaimanapun berkata polis masih menyiasat motif kejadian yang menyebabkan mangsa, Nurul Syahirah Ishak diperlakukan sedemikian.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 1.30 petang, memaklumkan seorang wanita pengsan di Taman Gemilang, sebelum dibawa oleh ambulans ke Hospital Jitra.

"Pada 2.30 petang, terima panggilan daripada Unit Kecemasan Hospital Jitra memaklumkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan malam Rabu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai ejen insurans berusia 43 tahun.

"Suspek adalah penyewa rumah di tempat mangsa tinggal sebelum kematiannya.Suspek telah berkahwin dengan seorang doktor perubatan dan mempunyai seorang anak.

"Mangsa adalah kenalan suspek dan mula tinggal bersama-sama lelaki terbabit serta isterinya sejak Februari tahun ini," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain