suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuaca Panas: Sekolah Di Kedah, Perlis Diarah Tutup

GEORGE TOWN: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah tutup esok (Khamis), manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula Khamis.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.

"Cuaca di Kedah dan Perlis dari Isnin hingga Rabu lebih 37 darjah Celsius dan di Perlis hari ini mencecah 38.2 darjah Celsius, manakala Kedah sekitar bawah sikit daripada itu," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di sini, Rabu.

Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti.

"Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya.

Artikel Lain