Penyokong Anwar Dihalang Dengar Bicara - Semasa | mStar

Penyokong Anwar Dihalang Dengar Bicara

KUALA LUMPUR: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada menghadiri pendengaran permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Berdasarkan notis yang dipaparkan di papan notis Mahkamah Tinggi di sini, dinyatakan bahawa hanya peguam dan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan itu dibenarkan masuk.

Bekas Ketua Pembangkang itu meminta Lembaga Pengampunan mengkaji semula keputusan untuk tidak memberinya pengampunan atas kesalahan meliwat.

Para penyokong menunggu selama berjam-jam untuk melihat kemunculan Anwar namun kecewa selepas dimaklumkan bahawa Hakim Nor Bee Ariffin akan mendengar permohonan itu  secara tertutup.

Beliau menetapkan 4 April untuk mendengar permohonan itu.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa