suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leong San Kini Adun Bebas - Speaker Melaka

Goh Leong San

MELAKA: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas, Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.

Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri.

Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi menyokong Lim.

Adun, Melaka, DAP

Artikel Lain