suria

Agong Rasmi Kompleks Beli-Belah Terbesar Di Kedah

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan kompleks beli-belah terbesar di Kedah - Aman Central di sini, Isnin.

Ketibaan baginda kira-kira pukul 11 pagi disambut Pengarah Urusan Belleview Group yang juga pemilik Aman Central Datuk Sonny Ho.

Turut berangkat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Putri Intan Shafinaz.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din serta Exco kerajaan negeri.

Aman Central dibina di atas tanah seluas 1.25 juta kaki persegi dan memiliki ruang perniagaan berkeluasan 800,000 kaki persegi.

Sejak dibuka pada 1 Okt lalu, kompleks beli-belah itu yang menawarkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dikatakan telah menarik kedatangan 1.2 juta pengunjung setiap bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain