suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PNGK STPM 2015 Catat Peningkatan

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bersama Ketua Eksekutif MPM Dr Jamil Adimin (kiri) dan Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM Mohd Fauzi Kassim (kanan) menunjukkan Analisis Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 yang diumumkan pada Rabu. Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional STPM kali ini meningkat sebanyak 2.65 berbanding 2.62 pada 2014.

PUTRAJAYA: Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 meningkat kepada 2.65 berbanding 2.62 pada 2014.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata calon yang memperolehi PNGK 4.00 pada STPM 2015 pula mengalami sedikit penurunan 0.11 peratus iaitu 0.80 peratus atau 335 orang berbanding 0.91 peratus (390 calon) dalam peperiksaan STPM 2014.

Peratusan calon STPM 2015 yang mendapat PNGK 3.50 ke atas pula meningkat kepada 11.22 peratus atau 4,711 calon berbanding 10 peratus atau 4,285 pada tahun lalu, katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2015 di sini, Rabu.

STPM

Artikel Lain