suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kursus Marxisme: Peserta Juga Akan Dikenakan Tindakan - KPN

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menghadiri  Kursus Marxisme Kilat (kursus Marxisme).

"Bukan shj Penganjur, Peserta yg hadir Kursus menyalahi Undang2 ini, akan turut diambil tindakan oleh @PDRMsia," jelas Khalid di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Beliau turut berkongsi gambar ahli falsafah dan penulis The Communist Manifesto abad ke-19, Karl Marx.

Pada Ahad, Khalid menegaskan tidak akan membenarkan Kursus Marxisme Kilat (kursus Marxisme) yang akan diadakan 20 Mac ini di GerakBudaya, Petaling Jaya.

Menurut ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan, kursus ini dianjurkan bersama Gabungan Kiri atau Gabungan Kiri Malaysia (MLC).

Arul berkata, PSM akan bekerjasama dengan pihak polis, jika dipanggil berkaitan dengan majlis itu.

Katanya, PSM mematuhi undang-undang dan menggalakkan demokrasi sosial.

Artikel Lain