suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SC Batal Lesen Dua Individu Kerana Amalan Perniagaan Tidak Wajar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan lesen wakil perkhidmatan pasaran modal (CMSRLs) dua individu selepas mereka didapati terlibat dalam amalan perniagaan tidak wajar.

Lesen Low Lay Ai dan Tan Kai Kiat dibatalkan di bawah Seksyen 72, dibacakan bersama dengan Seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 28 Jan, 2016.

Menurut SC dalam kenyataan hari ini, Low dan Tan, yang sebelum ini bertugas di Affin Hwang Investment Bank Bhd, tidak lagi layak untuk terus mempunyai lesen menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal.

Bagaimanapun, mereka belum mengemukakan rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan yang diberikan dalam CMSA, katanya.

CMSRLs

Artikel Lain