Polis Thailand Temui Mayat Rakyat Malaysia Di Sungai Golok - Semasa | mStar

Polis Thailand Temui Mayat Rakyat Malaysia Di Sungai Golok

Sungai Golok

NARATHIWAT: Mayat seorang warga Malaysia dengan kesan kecederaan di muka ditemui terapung di Sungai Golok di Pengkalan Jambu,Narathiwat pagi Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt Wae Alif Wae Desa, mangsa dikenali sebagai Azami Mohamed, 38, dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai, Kelantan.

"Hasil pemeriksaan, terdapat kesan lebam dan luka yang teruk di bahagian pipi mangsa yang dipercayai akibat dipukul dengan objek keras," katanya kepada pemberita hari ini.

Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian sempena sambutan Hari Cowboy Malaysia-Thai yang diadakan di Sungai Golok Sabtu malam, menurut Wae Alif.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya, manakala pihak polis meneruskan siasatan tentang motif kejadian.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain