Peguam Ditahan Semula Berhubung Kes Bauksit - Semasa | mStar

Peguam Ditahan Semula Berhubung Kes Bauksit

PUTRAJAYA: Seorang peguam yang dibebaskan selepas tahanan reman empat hari ke atasnya tamat pada Ahad bagi membantu siasatan kesrasuah perlombangan bauksit di Kuantan, Pahang, telah ditahan semula.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya berkata peguam itu dibebaskan oleh ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 10.30 pagi Ahad dan ditahan semula oleh pegawai SPRM cawangan Kuantan pada kira-kira 12.40 tengah hari.

"Peguam itu dibawa ke pejabat suruhanjaya di Kuantan. Ia dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes perlombongan bauksit secara haram di Kuantan,"katanya.

Peguam tersebut antara empat individu yang dibebaskan SPRM selepas tempoh tahanan reman empat hari mereka berakhir hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Selain peguam itu, turut direman seorang Datuk juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, seorang wanita yang juga pekerja sebuah syarikat perlombongan, dan seorang penjawat awam yang juga pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

Mereka yang berusia antara 34 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.-Bernama

Bauksit , rasuah , peguam ditahan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain