suria

Tikam Pelajar, Enam Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

SUNGAI PETANI: Enam lelaki berumur antara 15 dan 21 tahun, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki ditikam hingga mati di Bandar Puteri Jaya, di sini pada 19 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di Sungai Petani, bermula dengan penahanan seorang remaja berusia 15 tahun pada hari kejadian.

"Kesemua suspek dikenakan reman yang akan tamat antara 25 dan 29 Jan ini," katanya.

Md Zukir berkata mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan motif kejadian adalah samun.

"Polis turut merampas satu buku lima, satu pisau lipat dan sebuah motosikal untuk membantu siasatan.

"Berikutan penahanan enam suspek itu, kes ini dianggap selesai. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

Pada 19 Jan lalu, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wijaya, K Kishen, 16, mati ditikam sewaktu berjalan di hadapan sebuah pasar mini di Bandar Puteri Jaya, kira-kira pukul 10 malam.

Tikam Pelajar, Sungai Petani

Artikel Lain