suria

Kerajaan Komited Perangi Keganasan - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terus komited memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan sikap perkauman serta keagamaan melampau.

Beliau berkata usaha itu penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini.

"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita serangan ganas di Jakarta, Istanbul dan Paris yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

"Ingin saya tegaskan bahawa Malaysia akan terus komited dalam memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan juga sikap perkauman dan keagamaan melampau.

"Ini penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini," katanya dalam catatan Facebook beliau, Ahad.

Pada Khamis lepas, tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden serangan keganasan di Jakarta, Indonesia.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia. - BERNAMA

Najib Tun Razak, keganasan, Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain