PM Komited Kekal Keharmonian Negara - Semasa | mStar

PM Komited Kekal Keharmonian Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah (tiga,kanan) ketika merasmikan Wisma Huazong, Sabtu. Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua,kanan).

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun terdapat pelbagai bentuk ancaman terhadap keamanan negara, beliau komited untuk mengekalkan keharmonian Malaysia.

"Sebagai perdana menteri, saya memberi jaminan kerajaan akan memastikan tentangan terhadap kegiatan keganasan atau sebarang tindakan ekstrimis sama ada melibatkan agama atau kaum akan ditangani habis-habisan," katanya ketika merasmikan Wisma Huazong di sini.

Perdana Menteri berkata, semua pihak terkejut dengan kejadian serangan pengebom berani mati di Jakarta, Istanbul dan Paris.

Beliau juga menegaskan, semua kejadian itu menunjukkan bagaimana keamanan dan keharmonian tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya dianggap sebagai komoditi penting kepada sebuah negara.

Tambah beliau, negara ini akan stabil berasaskan dasar yang dipersetujui bersama ia dapat mengekalkan keharmonian negara melibatkan komuniti pelbagai kaum dan agama.


Wisma Huazong , Perdana Menteri , Istanbul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain