Ibu Doa Anak Hilang Di Madinah Ditemui Selamat - Semasa | mStar

Ibu Doa Anak Hilang Di Madinah Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR: "Kini saya hanya mampu berdoa semoga anak saya selamat ditemui," kata Zamhani Zakaria dengan penuh harapan berhubung anak perempuannya yang hilang ketika berada di Madinah.

Menurutnya kali terakhir dia bersama-sama anaknya Nor Azimah Ibrahim, 31, adalah pada 19 Disember lepas.

"Nor Azimah tidak sihat pada hari berkenaan, selepas sembilan hari kami berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

"Kami (saya dan suami) berjanji untuk berjumpa (Nor Azimah) di Masjid Nabawi selepas pulang dari program ziarah pada tengah hari, namun Azimah tidak kelihatan di sekitar masjid berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya dia dan suaminya Ibrahim Abdul Rahman, 54, juga telah memberikan segala maklumat berkenaan anaknya yang hilang itu kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

"Suami saya masih berada di sana untuk membantu pihak berkuasa Arab Saudi dalam mengesan Azimah, namun sehingga kini masih tiada khabar berita," katanya.

Zamhani, 52, yang tiba di tanah air pada 23 Dis lepas berkata dia, suaminya dan Nor Azimah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember.

Nor Azimah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan, berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain