Bukit Aman Waspada Ancaman Keganasan - Semasa | mStar

Bukit Aman Waspada Ancaman Keganasan

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengambil langkah berjaga-jaga selepas polis Indonesia menumpaskan plot pengganas berkaitan kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk meletupkan  bom di Jakarta semasa sambutan ambang Tahun Baru.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis di sini sentiasa berwaspada terutama dengan penangkapan beberapa lelaki di Indonesia berhubung pengeboman berani mati yang dirancang.

"Kami dalam langkah berjaga-jaga. Kami sedang memantau situasi," katanya pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai penahanan lima lelaki yang didakwa kumpulan pelampau di Indonesia dan rampasan bahan kimia, peralatan makmal dan bendera yang diilhamkan IS.

"Anggota polis di seluruh negara sentiasa melakukan pengawasan yang berterusan," kata Khalid.

Antara yang ditahan termasuk seorang guru berusia 31 tahun di sebuah sekolah berasrama penuh di Jawa Tengah dikenal pasti sebagai Asep Urip dan muridnya berusia 35 tahun, Zaenal yang didakwa dilantih untuk melancarkan serangan.

"Berdasarkan maklumat awal, Zaenal dikenal pasti sebagai pengebom berani mati di Jakarta semasa sambutan ambang Tahun Baru yang akan datang," menurut laporan polis susulan penahan itu yang dilihat AFP.

Bukit Aman , ancaman keganasan

Artikel Berikut

Mohd Hasif Masih Trauma, Jadi Pendiam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 polis cedera helikopter terhempas