suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Kritikal Ditembak Dua Lelaki Bermotosikal

JOHOR BARU: Seorang peniaga dilapor kritikal akibat ditembak dua individu bermotosikal di depan rumahnya di Taman Gaya, Saleng di sini, Rabu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, seorang pekerja mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori turut cedera akibat terkena serpihan tembakan.

"Semasa mangsa dan pekerjanya berada di depan rumah berbual-bual, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal dan melepaskan beberapa tembakan ke arah mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 39 dan 23 tahun kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

"Kejadian tembak itu dipercayai akibat pergaduhan yang tidak diketahui puncanya sebelum ini dan siasatan berhubung kes tersebut sedang giat dijalankan," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

MIC Tidak Diurus Dua Puak

Artikel Berikut

Artikel Lain