suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Langgar Di Hospital: Pertuduhan Ditarik Balik Selepas Tertuduh Mati

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, Khamis membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap pemandu teksi yang didakwa cuba membunuh seorang pengawal keselamatan sebuah hospital dengan melanggarnya di pintu utama hospital itu. 

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil untuk menarik balik pertuduhan terhadap T. Ganesan, 44, berikutan tertuduh meninggal dunia ketika dalam tahanan reman.

Pada 16 Oktober lepas, Ganesan didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Mohd Azahari Yusoff, 41, dengan cara melanggarnya dengan sebuah kereta Proton Saga sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan dan tangan kiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju di sini pada 8.43 pagi, 12 Oktober lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Lain