suria

Mayat Tanpa Kepala Milik Mangsa Culik Rakyat Malaysia Ditemui

Mayat tanpa kepala yang ditemui pasukan tentera dibawa ke Zamboanga untuk proses ujian DNA.

KOTA KINABALU: Mayat tanpa kepala dipercayai milik tawanan rakyat Malaysia yang diculik, Bernard Then Ted Fen ditemui pada Isnin di Pulau Jolo dan dihantar untuk pengecaman ke bandar Zamboanga.

Aktivis Anti Penculikan Selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo berkata, ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan ia milik Then.

"Pihak berkuasa Filipina sedang bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Manila," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke rumah mayat di Zamboanga City di mana kepala dipercayai Then ditemui selepas dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 11 November lalu.

Dinampo berkata, pemimpin kumpulan bersenjata itu, Al Habsi Misaya turut menuntut 10mi Peso untuk maklumat di mana mayat Then ditanam, bagaimanapun ia tidak dilayan pihak berkuasa Filipina.

Sebaliknya, pihak tentera negara itu dari Briged Infantri 50 menemui mayat itu di Sitio Lungon-Lungon di Parang di Pulau Jolo pada kira-kira 11 malam, Isnin.\

Jurucakap Komander Tentera Minadanao Barat Filipina, Mejar Filemon Tan Jr berkata, mayat itu dalam proses mereput.

Sebelum ini dilaporkan kepala Then dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 4 petang, 11 November lalu.

Pihak tentera Filipina berkata, tindakan itu dilakukan selepas gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan wang tebusan untuk membebaskannya.

Perunding Malaysia dengan bantuan pihak Filipina telah berusaha untuk membebaskan jurutera berusia 39 tahun itu dan pengurus restora Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 yang diculik sejak 15 Mei lalu.

Nyuk Fun dibebaskan pada 8 November selepas wang tebusan RM3 juta dilunaskan.


Artikel Berikut

Artikel Lain