Projek Pembangunan Di Tapak Arkeologi Perlu Dapat Kelulusan - Semasa | mStar

Projek Pembangunan Di Tapak Arkeologi Perlu Dapat Kelulusan

ALOR SETAR: Sebarang projek pembangunan di tapak arkeologi Sungai Batu perlu mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Jabatan Warisan Negara, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata persetujuan dan kelulusan itu penting bagi mengelak daripada berlakunya gangguan terhadap tapak berkenaan.

"Perkara ini penting kerana kita tidak mahu kejadian sebelum ini berulang di mana terdapat beberapa kawasan peninggalan diceroboh dan dijalankan pembangunan sehingga menganggu tapak sejarah. Kita cukup kesal dengan apa yang berlaku sebelum ini.

"Bagi mengelak perkara ini berlaku lagi, kita akan pastikan sebarang projek pembangunan yang hendak dijalankan mendapat kelulusan dan tidak mengganggu tapak sejarah dan warisan," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Tan Kok Yew (DAP-Derga).

Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani di mana para pengkaji sejak 2009 telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal 1,900 tahun (110 Masihi).

Usianya telah disahkan lebih tua berbanding candi-candi di Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja yang masing-masing dibina pada abad ke-9 dan abad ke-12.

Mohd Rawi berkata kerja-kerja infrastruktur juga sedang giat dijalankan bagi memastikan kawasan Sungai Batu menjadi produk terbaharu yang menjadi tumpuan pelancong apabila datang ke Kedah.

"Sementara menunggu dana daripada Jabatan Warisan, MPSPK telah mengeluarkan sejumlah peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja infrastruktur seperti pembinaan tempat letak kereta dan tandas.

"Walaupun banyak infrastruktur yang tidak lengkap, jumlah pelancong yang yang melawat Sungai Batu setiap bulan mencecah 3,000 orang dan ini menunjukkan betapa berminatnya pelancong luar untuk mengetahui produk pelancongan yang ada di Kedah," katanya.

Katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500,000 untuk kerja infrastruktur asas yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan katanya sehingga kini 53 tapak yang melibatkan kawasan tanah seluas 30 hektar telah diambil untuk kerja-kerja kajian.

Arkeologi , Sungai Petani

Artikel Sebelum

Filipina Janji Buru Pembunuh Bernard Then

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Suami Maut, Isteri Dan Anak Parah

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain