suria

Bunuh Di Tapah: Polis Akan Minta Tempoh Lanjutan Tahanan Reman Suspek

Dua suspek (baju oren) kes pembunuhan empat individu dibawa ke lokasi sebuah bengkel membaiki kenderaan milik mereka di Jalan Pahang dekat Tapah, Rabu, bagi membantu siasatan polis.Foto: BERNAMA

IPOH:  Polis akan mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kesemua suspek dalam kes pembunuhan kejam di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah, yang akan berakhir pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri, ACP Goh Kok Liang berkata pihaknya berbuat demikian kerana siasatan kes itu belum lengkap.

Beliau berkata kesemua suspek kes itu, yang terdiri daripada sepasang suamiisteri dan dua anak mereka, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah pagi Jumaat untuk mendapatkan perintah tersebut.

Sebelum ini, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari mulai 27 Oktober lepas dandisambung lagi selama empat hari pada Isnin lepas Goh juga berkata polis belum menerima keputusan analisis sampel DNA diambil daripada waris kesemua empat mangsa yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

"Siasatan masih diteruskan bagi mencari bukti lain yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.

Suspek Bunuh Tapah

Artikel Lain