suria

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Dadah Bernilai RM6 Juta

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran darah jenis syabu yang dianggar bernilai RM6 juta dengan menahan tiga lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan di sekitar Puchong, Rabu. 

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman membuat serbuan dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 47 kilogram yang disorokkan dalam 159 beg tangan wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dua lelaki warga asing itu ditahan bersama dadah dikawasan letak kereta di sebuah pasar raya di Bukit Puchong.

Dua lagi lelaki ditahan di sebuah rumah di Taman Puchong Prima, Puchong.

"Kesemua suspek berusia lingkungan antara 30 dan 36 tahun dipercayai mula bergiat aktif dalam sindiket berkenaan sejak awal Oktober lepas," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Khamis.

Mohd Mokhtar berkata dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di sekitar Lembah Klang dan negara jiran.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman mulai Khamis selama seminggu sehingga Rabu depan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM221 juta dirampas dalam tempoh Januari sehingga 1 November tahun ini.

Sebanyak 155,038 orang tempatan dan 5,897 warga asing ditahan berkaitan kesdadah dalam tempoh berkenaan.

Dadah 6 Juta

Artikel Lain