Belum Ada Rancangan Wujud Pasar Raya KR1M - Ahmad Bashah - Semasa | mStar

Belum Ada Rancangan Wujud Pasar Raya KR1M - Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum ada perancangan untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) berskala besar  yang berkonsepkan pasar raya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, ini kerana kerajaan sedang memberi tumpuan untuk memperluaskan KR1M ke semua 222 kawasan Parlimen.

"Rancangan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia perlu dilihat dari sudut keperluan untuk rakyat di seluruh negara. Kita hendak memenuhi 222 kawasan Parlimen supaya mempunyai KR1M.

"Sekarang ini kita cuma ada sebanyak 170 KR1M di seluruh negara. Kita yakin, dapat  memperluaskannya," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Ahmad Bashah menjawab soalan tambahan Datuk Zainudin Ismail (Jelebu-BN) yang ingin mengetahui apakah rancangan kerajaan untuk menambah baik kemudahan KR1M termasuk dari segi pengembangan berskala besar daripada hanya berkonsepkan kedai 'mini' semata-mata.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bilakah kemudahan KR1M itu akan diperluaskan ke seluruh 222 kawasan Parlimen.

Dalam pada itu, menjawab soalan lisan Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal-PKR) mengenai  implikasi kewangan KR1M, Ahmad Bashah berkata, perbelanjaan kerajaan bagi melaksanakan program tersebut sejak diperkenalkan pada 2011 adalah sebanyak RM82.5 juta.

"Jumlah pulangan jualan di KR1M sejak pelaksanaannya sebanyak RM829 juta. Ini menunjukkan inisiatif kerajaan disambut baik oleh rakyat," katanya.

Menerusi KR1M, katanya, rakyat dapat menikmati penjimatan secara langsung hasil pembelian barangan keperluan berjenama KR1M pada harga lebih murah tetapi berkualiti.

"KR1M juga mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat kepada barangan jenama lain agar memasarkan produk mereka pada kadar harga lebih kompetitif.

"Pengguna berhak membuat pilihan terhadap barangan yang menepati citarasa dan bajet masing-masing," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain