Penjawat Awam Perlu Bekerjasama Berteraskan Konsep NBOS - Semasa | mStar

Penjawat Awam Perlu Bekerjasama Berteraskan Konsep NBOS

Mohamad Zabidi Zainal.

PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu bekerjasama berteraskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa semangat cintakan negara sentiasa wujud dan terus didukung anggota perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata kerjasama dalam kalangan penjawat awam dengan penuh dedikasi juga amat dituntut untuk menjayakan agenda nasional demi menjayakan misi transformasi negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Kompleks C di sini Jumaat yang disertai kira-kira 1,000 penjawat awam.

Mengenai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 'Sehati Sejiwa', Mohamad Zabidi berkata ia sangat sesuai bagi mengingatkan rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran terhadap rasa sayang serta cintakan tanah air.

"Kejayaan negara pada hari ini adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat," katanya.

Pada majlis itu, Mohamad Zabidi turut melepaskan konvoi 17 kenderaan jabatan di sekitar Kompleks C yang juga merupakan duta sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2015.

Semua kenderaan berkenaan akan terus mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos.

penjawat awam , NBOS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain