Najib Jumpa Presiden Parti Komponen BN Pagi Ini - Semasa | mStar

Najib Jumpa Presiden Parti Komponen BN Pagi Ini

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat dengan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Jumaat.

Walaupun ia mungkin mesyuarat biasa di antara Perdana Menteri dengan ketua-ketua parti, timbul pelbagai spekulasi mengenai tindakan Najib memanggil mereka.

Selain daripada presiden 13 parti komponen BN, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga akan menghadiri mesyuarat tersebut yang dijadualkan pada pukul 11 pagi Jumaat.

Menurut sumber, ia (mesyuarat) boleh jadi pertemuan antara pengerusi BN dan presiden parti dan bukan mesyuarat majlis tertinggi parti itu yang akan menyaksikan kehadiran lebih ramai pemimpin.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno juga akan dihadiri Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung setiap parti.

"Datuk Seri Najib bertemu dengan presiden parti komponen. Tiada apa-apa luar biasa mengenai pertemuan itu," kata sumber.

Presiden parti komponen BN bermain teka-teki mengenai pertemuan tersebut.

Presiden PPP, Tan Sri M.Kayveas berkata: "Ia hanya mesyuarat yang kami selalu hadiri dengan pengerusi BN."

Najib Tun Razak , Umno , BN

Artikel Sebelum

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain