Ahli Pas Dilantik Sebagai Ahli Majlis MBPP Mahu Sertai GHB - Semasa | mStar

Ahli Pas Dilantik Sebagai Ahli Majlis MBPP Mahu Sertai GHB

GEORGE TOWN: Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd Nasir Yahya yang dilantik semula ke jawatan itu berhasrat menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) selepas parti baharu itu didaftarkan.

Namun, buat masa ini Mhd Nasir berkata beliau masih lagi anggota PAS sehingga keanggotaannya terbatal selepas beliau menyertai GHB secara rasmi kelak.

"Secara teknikalnya, saya masih anggota PAS, nama saya masih dalam senarai pendaftaran ahli. GHB masih dalam proses pendaftaran dan kemungkinan besar saya akan menyertainya.

"Saya sudah pertimbangkan keputusan ini kerana fitrah saya selari dengan apa yang diperjuangkan GHB," katanya ketika ditemui selepas majlis pengakuan penerimaan pelantikan Anggota Majlis MBPP di sini, Isnin.

Selain Mhd Nasir, Dahalan Fazli daripada PAS turut dilantik semula sebagai Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos lepas.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ditanya sama ada beliau ada memaklumkan hasrat itu kepada kepimpinan tertinggi PAS Pulau Pinang, Mhd Nasir berkata: "(Mereka) tidak dimaklumkan.

Mereka boleh baca melalui akhbar, media dan Facebook. Boleh boleh baca mesej di situ".

Mengenai pelantikan semula sebagai Anggota Majlis, beliau yang telah lapan tahun menjadi anggota PAS, berkata pihaknya menerima kritikan daripada sesetengah pihak berhubung perkara itu.

Menyifatkan ia sebagai lumrah kehidupan, Mhd Nasir yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gelugor berkata dalam politik tidak ada istilah berkawan dan bermusuh selamanya.

GHB , PAS , DAP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain