suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPN: Pemberi Maklumat Tulen Dialu-Alukan, Dilindungi

PETALING JAYA: Pemberi maklumat 'tulen' adalah dialu-alukan dan mereka akan dilindungi di bawah undang-undang Malaysia, dengan syarat tidak menggunakan saluran media, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, pihak polis mengalu-alukan pemberi maklumat dengan 'cara yang betul'.

"Mendedahkan maklumat melalui media hanya akan mengundang salah faham, persepsi yang tidak betul dan huru-hara.

"Kami berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan membenarkan rakyat dikelirukan oleh orang yang mempunyai motif tersembunyi," tulis Khalid di Twitter pada Sabtu.

Di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pemberi maklumat tidak dibenarkan mendedahkan maklumat mereka kepada media bagi melayakkan mereka mendapat perlindungan.

Khalid berkata demikian selepas Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan perintah untuk menggantung The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly selama tiga bulan berikutan penyiaran laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid Abu Bakar, 1MDB, The Edge

Artikel Sebelum

Artikel Lain