Jangan 'Hukum' Pemberi Maklumat - Mukhriz - Semasa | mStar

Jangan 'Hukum' Pemberi Maklumat - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Pemimpin seharusnya tidak 'menghukum' pemberi maklumat apabila sesuatu berita buruk disampaikan, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri Besar Kedah itu berkata, ramai pemimpin tidak mahu menerima nasihat dan akhirnya bertindak menghukum pembawa maklumat apabila menyampaikan berita yang tidak menarik didengar.

"Jika ini berlaku sepanjang masa, akhirnya orang akan takut untuk bersuara. Mereka akan bosan dan pemimpin perlu untuk menyelesaikan masalah ini sendiri.

"Sebaliknya, kita perlu menyiasat. Kita harus berterima kasih kepada mereka (pemberi maklumat) kerana mereka menjaga pemimpin mereka," kata Mukhriz ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras di sini, Sabtu.

Mukhriz, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pemimpin hanya boleh menjadi kuat sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai.

Beliau berkata adalah menjadi satu 'kesilapan besar' jika beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah bodoh kerana mereka sememangnya tahu mengenai pelbagai perkara.

"Jika kita membuat keputusan yang tidak popular, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada rakyat supaya mereka faham.

"Jangan mengharapkan mereka untuk berfikir sendiri. Ia seolah-olah menghina kemampuan mereka, "katanya.

Mukhriz Mahathir , Umno

Artikel Sebelum

Penjual Mercun Ditahan Ugut Penguat Kuasa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain