suria

Sting Bongkar Makmal Dadah, Rampas Heroin 25Kg

GEORGE TOWN: Dua lelaki ditahan manakala 25 kilogram dadah jenis heroin bernilai lebih RM500,000 dirampas dalam operasi Pasukan Khas Tektikal Perisikan Narkotik (Sting) di dua buah rumah di Bayan Lepas, dekat sini.

Pasukan berkenaan berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah di Bayan Lepas kira-kira pukul 9 pagi sebelum menyerbu sebuah lagi rumah terletak di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan Sting atas kejayaan itu.

Menurut sumber polis, kejayaan itu hasil risikan pasukan Sting.

Dipercayai rumah kedua itu dijadikan stor menyimpan dadah sebelum ia diedarkan kepada rangkaian sindiket berkenaan, kata sumber itu.

Katanya, dua lelaki berusia 30-an yang bekerja sendiri itu kini ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sting, Dadah, Heroin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain