suria

Kecelaruan Bahasa Inggeris Dalam Buku Latihan

PETALING JAYA: Beberapa buku latihan subjek Sains dan Matematik untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam didapati menggunakan tatabahasa yang teruk.

Satu contoh yang ketara ditemui dalam sebuah buku rujukan Sains untuk pelajar Tingkatan Tiga.

Berdasarkan kata-kata penutup buku berkenaan dinyatakan bahawa kandungannya adalah termasuk soalan sebenar daripada kertas ujian Pentaksiran Tingkatan 3 tahun lalu yang digunakan dengan kebenaran Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pengurus syarikat penerbitannya, Mohd Sharizan Walat mengesahkan bahawa soalan-soalan yang dimuatkan dalam buku mereka diambil secara terus daripada soalan peperiksaan asal.

"Kami ambil 100 peratus daripada soalan asal. Pihak kami hanya mengatur semula soalan-soalan itu di dalam buku latihan sebelum dicetak," katanya.

Ditanya mengenai kesilapan tatabahasa, beliau berkata perkata itu tidak sepatutnya berlaku kerana soalan yang dicetak semula adalah salinan langsung daripada solan asal yang keluar dalam kertas ujian 2014.

"Kami periksa beberapa kali. Soalan-soalan dan jawapan yang dicadangkan adalah disalin dengan tepat dari skrip kertas soalan yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan. Tidak boleh ada kesilapan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, penerbitan swasta tidak terletak di bawah kementerian itu.

Beliau berkata kementerian itu tidak memberi lesen untuk penerbitan swasta bagi menerbitkan buku rujukan.

Jika terdapat kesilapan dalam soalan peperiksaan asal, ibu bapa atau pelajar yang mengambil ujian itu pastinya akan mengadu mengenainya.

"Kadang-kadang penerbit hanya mengambil sebahagian maklumat daripada kertas peperiksaan asal tanpa memeriksa dengan teliti," kata Kamalanathan.

Beliau berkata kementerian itu tidak dapat membuat pemeriksaan ke atas penerbit swasta, dan guru-guru, ibu bapa serta pelajar bebas untuk memilih buku latihan yang mereka mahu gunakan.

Seorang editor di sebuah syarikat penerbitan tempatan berkata terdapat proses yang ketat sebelum buku kerja diletakkan diletakkan di kedai-kedai buku.

"Kita mendapat manuskrip daripada penulis, yang juga seorang guru.

"Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan kejelasan dan keringkasan," katanya, sambil menambah bahawa bahasa yang digunakan mestilah sesuai untuk tahap pelajar.

Artikel Lain