suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukti Berkaitan 1MDB Daripada The Edge Diserah Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Pasukan khas akan menyiasat kesahihan bahan bukti berkaitan 1Malaysia Development yang diterima daripada The Edge Media Group, Selasa.

"Laporan hasil sisatan itu akan diserahkan kepada peguam negara," kata sumber polis.

Pada Selasa, The Edge menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai 1MDB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Pada Isnin, The Edge Financial Daily menerbitkan artikel empat halaman yang memfokus kepada usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.

1MDB dalam satu kenyataan semalam menyelar akhbar itu dengan menyatakan bahawa dakwaan dalam laporan itu "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula."

-- Bernama
The Edge, 1MDB, Peguam Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain