suria

Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Sibuk, Namun Terkawal

Skrin besar kamera litar tertutup (CCTV) memantau pergerakan trafik di lebuhraya sekitar Semenanjung di Pusat Pengurusan Trafik LLM Bangi.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari utara dilaporkan sibuk di beberapa tempat setakat 9.40 pagi ini berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti di kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama melaporkan aliran trafik mula sibuk dari Ipoh ke Simpang Pulai, Changkat Jering ke Taiping dan Sungkai ke Slim River, namun masih terkawal.

"Keadaan trafik dari arah selatan dilaporkan lancar," katanya di sini, Selasa.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-- Bernama

PLUS, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain