suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam Jumaat.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan empat pekerja warga negara jiran itu tercedera.

"Setakat ini dilaporkan empat orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan tiga pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital Sadao dan Hatyai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit.
letupan bom, Thailand

Artikel Sebelum

Sah PAS-DAP Bercerai

Artikel Lain