Pemuda Maut, Abang Parah Kereta Dinaiki Terbabas - Semasa | mStar

Pemuda Maut, Abang Parah Kereta Dinaiki Terbabas

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Seorang pemuda maut manakala abangnya cedera parah apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam longkang di KM47.2 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kluang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata dalam kejadian 7.45 pagi itu, menyebabkan Muhammad Amer Fahiz Mohd Said, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Badiuz'zaman, 27, cedera parah.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dari arah Batu Pahat itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah stesen minyak di Taman Desa, Kluang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohamad berkata sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Amer Fahiz yang memandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.

"Kereta itu kemudiannya terbalik dan masuk ke dalam longkang," katanya.

Menurut Mohamad, bentuk jalan di tempat kejadian berselekoh dan sedikit menurun bukit, namun, keadaan cuaca ketika itu baik.

Mayat dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk bedah siasat dan rawatan, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

maut , kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain