1MDB Diminta Beri Kerjasama Kepada Pasukan Petugas Khas - Semasa | mStar

1MDB Diminta Beri Kerjasama Kepada Pasukan Petugas Khas

GEORGE TOWN: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bekerjasama dan membantu Pasukan Petugas yang menjalankan penyiasatan terhadapnya, kata naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata setiap orang daripada syarikat pelaburan strategik itu perlu bekerjasama dengan pasukan berkenaan dengan menyediakan dokumen serta bahan bagi memudahkan penyiasatan.

"Apabila ada orang menuduh anda dan sekiranya anda tidak melakukan kesalahan, maka anda perlulah membenarkan siasatan dijalankan untuk membuktikan anda tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis suai kenal anggota baharu MCA Pulau Pinang di sini Sabtu.

Jumaat lepas, The Wall Street Journal menyiarkan laporan yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selasa lepas, Peguam Negara Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sementara itu, Chew, yang juga pengerusi MCA Pulau Pinang, berkata anggota parti itu perlu mengikuti perkembangan krisis antara DAP dan PAS secara teliti agar mereka dapat memberi respons sewajarnya apabila diperlukan.

Beliau berkata hubungan antara dua parti itu ibarat cinta tiga segi, dengan masing-masing mempunyai prinsip, dasar dan ideal berbeza.

"Apa yang perlu kita buat sekarang ialah perkukuhkan parti kita bagi mendapatkan kembali keyakinan orang ramai dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Terdahulu, Majlis Syura PAS mengumumkan secara rasmi pihaknya mengekalkan keputusan muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP setelah hubungan mereka dilanda gelora selama sebulan, hingga menggugat kedudukan Pakatan Rakyat.

1MDB , pasukan petugas khas , Chew Mei Fun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain