suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Pasar Raya Tesco Dibuka 24 Jam Beli-Belah Sempena Raya

Fischer mengumumkan tempoh pemanjangan waktu operasi Tesco Stores (Malaysia) sempena Aidilfitri bermula Jumaat ini.

SHAH ALAM: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan membuka tujuh pasar rayanya 24 jam untuk tiga hari bermula Jumaat sempena sambutan Aidilfitri.

Antara yang terlibat ialah Tesco Extra Ampang, Tesco Extra Shah Alam, Tesco Kajang, Tesco Seri Alam, Tesco Seberang Jaya, Tesco Extra Seremban 2 dan Tesco Extra Mergong.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Datuk Georg Fischer berkata ini merupakan julung kali bagi pasar raya mega itu memanjangkan masa perkhidmatannya kepada 24 jam menjelang sambutan perayaan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang membeli-belah pada saat akhir.

Semasa mengumumkan pemanjangan tempoh perkhidmatannya pada Khamis, beliau berkata: "Ketika Syawal semakin hampir, para pelanggan kami membeli-belah Hari Raya tatkala jadual yang sibuk.

"Kami memanjangkan tempoh perkhidmatan untuk keselesaan para pelanggan kami dan untuk memastikan mereka berupaya memperoleh manfaat penuh daripada kempen 'Lebih Jimat' di pasar-pasar raya kami," katanya.

Beliau berkata para pelanggan yang membeli-belah selepas tengah malam akan mendapat pek sahur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain