suria

Berhenti Sebar Maklumat Salah 1MDB Di Media Sosial - SKMM

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak sepatutnya menyebarkan gambar-gambar yang diubahsuai, berita-berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui sosial media.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyebaran itu termasuk  termasuk aplikasi pesanan WhatsApp.

"Adalah menjadi satu kesalahan apabila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedemikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jika didapati bersalah, hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan atau tidak lebih satu tahun penjara," jelas kenyataan itu.

Jumaat lepas, Wall Street Journal menerbitkan laporan yang mendakwa bahawa hampir AS $ 700mil (RM2.6bil) dana daripada cabang pelaburan kerajaan, telah disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan yang boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba untuk mencemarkan imej negara dengan mengkritik Kerajaan dan Najib ketika penyiasatan sedang dijalankan manakala pegawai-pegawai daripada pasukan khas melakukan serbuan ke pejabat 1MDB di Menara IMC pada Rabu.

IMDB, SKMM

Artikel Lain