suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Seludup Senjata Api Tiruan Guna Bas Ekspres Dipatahkan

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) Briged Utara menemui beberapa laras senjata api tiruan dari sebuah bas ekspres yang ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Rabu.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, anggota keselamatan turut menahan seorang pemandu bas, manakala seorang lagi melarikan diri dalam kejadian yang berlaku pada 9.40 malam Rabu.

"Unit Risikan Jabatan Imigresen Kedah bekerjasama dengan PGA untuk mengesan  pemandu bas ekspres yang melarikan diri itu," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Katanya bas ekspres terbabit yang baru tiba dari Hatyai, Thailand, dipercayai cuba menyeludup masuk senjata api tiruan itu ke negara ini menggunakan laluan di pintu masuk sempadan negara itu.

Pihak Imigresen Kedah turut menyita bas ekspres itu bagi tujuan siasatan lanjut tentang kejadian itu, kata Mohamad Yusri.


Artikel Lain