suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings

KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

Abdul Taib Mahmud

Artikel Lain