suria

YB Pembangkang Dihalang Bawa Masuk NGO Ke Parlimen

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang dihalang membawa jemputan masuk ke bangunan Parlimen bagi menghadiri perjumpaan berkaitan situasi semasa politik negara.

Ruang legar bangunan Parlimen pada pagi Selasa bertukar kecoh hingga menyebabkan pemimpin pembangkang perlu berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membawa masuk ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyertai perjumpaan itu.

Ketua whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, pengurusan Parlimen juga membatalkan bilik mesyuarat yang ditempah lebih awal hingga menyebabkan pemimpin pembangkang yang hadir terpaksa mengadakan pertemuan itu di ruang legar bangunan berkenaan.

Semasa rundingan dengan Shahidan itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara jemputan yang akan hadir.

Hanya selepas itu, Shahidan memberi kebenaran utnuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengadakan perjumpaan itu di ruang terbuka itu.

NGO, Pembangkang

Artikel Lain