suria

Amin Nordin Datuk Bandar KL Yang Baharu

Amin Nordin (kiri) akan menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal (kanan) berkuatkuasa 18 Julai ini.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Berusia 59 tahun, beliau bakal menggantikan Datuk Bandar sekarang, Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang bakal menamatkan kontraknya 17 Julai ini.

Amin Nordin akan memulakan tugas baharunya untuk tempoh selama dua tahun bermula 18 Julai ini.

Sementara itu jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) akan diisi Datuk Hasim Ismail, 58 berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketika ini Hasim adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Pengurusan).

Pelantikan mereka disahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi kenyataan media, Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain