suria

Kami Sedia Berdepan Tindakan Undang-Undang PAS - Guan Eng

Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada PAS di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri itu sudah bersedia dan akan menunggu surat daripada peguam PAS.

"Ia adalah hak mereka untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang," kata Guan Eng pada sidang media di sini.

PAS mengarahkan peguamnya untuk mengkaji sekiranya tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang dipecat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata parti itu sedang mendapat nasihat dengan peguam untuk meneliti pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Terdahulu, Yaacob dan Omar dipecat pada 17 Jun lalu.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

DAP, PAS, pemecatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain