suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Hancur Tangan Kiri Akibat Mercun Buatan Sendiri Meletup

Gambar hiasan.

PASIR MAS: Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kirinya apabila mercun buatan sendiri yang dibuatnya, tiba-tiba meletup dalam kejadian di rumahnya di Kampung Galok di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa Muhammad Alif Abdullah dikatakan sedang membuat mercun buatan sendiri menggunakan belerang di biliknya sebelum mercun berkenaan secara tiba-tiba meletup.

Menurut seorang anggota keluarga yang enggan dikenali, Muhammad Alif kemudiannya dibawa oleh bapanya ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.  

"Saya tidak tahu tujuan dia buat mercun itu sebab sebelum ini dia tak pernah main mercun, ini satu pengajaran buat kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Mangsa kini dirawat di HUSM dan keadaannya dilaporkan stabil.

mercun

Artikel Lain